TEWAS DENGAN JEPUN MALAYSIA BANGKIT KALAHKAN OMAN

by - Monday, November 04, 2013

Jurulatih skuad hoki negara, Paul Revington memuji persembahan yang ditunjukkan Mohd Faizal Shaari (gambar) apabila meledak empat gol bagi membantu pasukan bangkit menewaskan Oman 5-3 dalam saingan Trofi Liga Juara-juara Asia di Kakamigahara, Jepun, semalam. 

Kemenangan itu membuka kembali peluang untuk anak buah Revington mara ke final selepas tunduk 0-1 di tangan Jepun pada aksi pembukaan, kelmarin. 
“Faizal seorang pemain yang menakjubkan. Dia mempamerkan prestasi yang cukup konsisten dalam perlawanan ini, dan sudah tentus saya gembira kerana dia dapat beraksi bersama kami di sini,” kata Revington. 

Kekang lawan 

Dalam aksi semalam, skuad negara kembali bangkit selepas suatu ketika ketinggalan 1-2 hasil empat gol yang dijaringkan Faizal yang kini beraksi dalam saingan Liga Hoki Jerman pada minit ke-29, 34, 62 dan 70 manakala satu lagi gol disumbangkan Mohd Marhan Abdul Jalil seawal minit kedua. 

Mengulas lanjut mengenai prestasi anak buahnya dalam perlawanan itu, Revington berkata dia berpuas hati dengan komitmen tinggi ditunjukkan pemain terutama bahagian pertahanan. 

“Saya gembira dengan kemenangan ini apatah lagi pemain beraksi dengan semangat sepasukan tinggi. Namun, secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan bahagian pertahanan yang beraksi cemerlang mengekang serangan pihak lawan,” katanya. 
Begitupun, skuad negara dijangka berdepan tugas getir apabila akan membuat perhitungan dengan Pakistan dalam perlawanan ketiga, esok.BH


You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998