TERGESA-GESA HANTAR SENARAI PEMAIN,SKUAD SUKAN SEA MUNGKIN DIROMBAK

by - Monday, November 11, 2013

 Belumpun bermula saingan Sukan SEA Myanmar bulan depan, sudah timbul persoalan barisan pemain manakah yang sebenarnya akan mewakili skuad negara ke temasya dwitahunan itu.

Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) difahamkan sudah menghantar lebih awal senarai pemain sama seperti barisan pemain utama yang beraksi pada Piala Asia di Ipoh, Ogos lalu ke Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
Tindakan itu sebenarnya hanya mencetus masalah kerana pengendali skuad remaja Muhammad Dharma Raj Abdullah pasti menggunakan lima pemain yang berada dalam senarai itu untuk saingan Piala Dunia Remaja di New Delhi bermula 5 Disember ini.

Sementara ketua jurulatih skuad senior Paul Revington pula membawa anak buahnya ke jelajah Korea Selatan yang turut berlangsung pada tarikh hampir sama dengan saingan Sukan SEA.


“Sepatutnya MHC tidak perlu tergesa-gesa menghantar senarai pemain itu. Sekarang sudah timbul masalah kepada dua pasukan ini,” kata sumber kepada Arena Metro.


Revington dan Muhammad Dharma sebelum ini sudah menyatakan dengan jelas hanya melepaskan pemain yang digugurkan untuk beraksi di Sukan SEA yang dibimbing oleh Tai Beng Hai.

Namun keputusan MHC menghantar senarai nama itu lebih awal, Revington mungkin terpaksa mengorbankan hasratnya untuk kunjungan ke Korea Selatan sebagai persediaan ke Piala Dunia tahun depan bagi memberi ruang kepada anak buahnya beraksi di Sukan SEA.METRO

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998