TAHNIAH MOHD DANIR HARON aka TOKMAT

by - Monday, November 11, 2013

“Walaupun terpaksa mengorbankan masa hujung minggu bersama keluarga, itu tidak menjadi halangan untuk saya terus berusaha sehingga berjaya menggenggam segulung ijazah sarjana.

“Saya mahu menjadi inspirasi kepada anak,” kata Mohd Danir Haron, 35, kakitangan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) Seberang Prai, Pulau Pinang, seorang daripada graduan yang berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan dalam Istiadat Konvokesyen ke-79, semalam.
Beliau yang berkhidmat di Unit Kewangan NSTP Seberang Prai pada tahun 1997, menyambung pengajian ke peringkat diploma dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan di UiTM Pulau Pinang.
“Sebaik tamat diploma pada 1999, saya menangguhkan hasrat melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda kerana mahu memberikan tumpuan kepada kerjaya dan keluarga.


“Pada 2006, saya menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang sama dan sebaik tamat pada 2011, saya teruskan perjuangan saya ke peringkat ijazah sarjana,” katanya ketika ditemui di pekarangan Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), di sini, semalam.


Bapa kepada lima anak berusia antara tiga hingga 13 tahun itu berkata, apa yang dilakukan untuk membuktikan mereka yang sudah bekerjaya dan mempunyai keluarga juga mampu untuk berjaya seperti insan lain.

“Walaupun terpaksa menghabiskan masa di perpustakaan setiap hujung minggu, isteri serta anak begitu memahami dan menyokong untuk terus berjaya di dalam bidang akademik ini.

“Saya terpaksa mengorbankan masa bersantai bersama anak demi segulung ijazah sarjana dan mereka (anak-anak) sedikit pun tidak mengambil hati sebaliknya terus menyokong saya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998