SATU NYAWA MELAYANG BARU NAK BUKA MATA

by - Monday, November 04, 2013

Negara dikejutkan dengan kes tembakan seorang pegawai bank oleh seorang pengawal kira-kira dua minggu yang lepas.

Satu nyawa yang tidak berdosa telah melayang, Al Fatihah sekali lagi untuk arwah dan takziah untuk keluarga beliau.




Kejadian yang berlaku sehingga satu nyawa melayang baru berjaya membukakan mata pihak-pihak berwajib yang mungkin selama ini terlepasa pandang atau buat buat tak nampak isu ini.

Maka berberapa langkah telah pun diambil oleh pihak berkaitan untuk membendung gejala ini dari berleluasa, antaranya melakukan satu operasi besar-besaran yang dinamakna OPS ID.

Tetapi kenapa baru sekarang? Kenapa tidak diadakan dari masa ke semasa?

Kita cuma akan bertindak bila sesuatu yang memudaratkan telah terjadi?

Dan sekarang baru hendak diadakan pemeriksaan ke atas semua pengawal-pengawal yang berada di dalam negara.

Mungkin kaedah cegah sebelum parah perlu diguna pakai dari bertindak selepas kena.

Sebabnya isu bertindak selepas kena ini bukan pada kes-kes jenayah sebegini sahaja, beberapa contoh yang boleh kita lihat sebelum ini dimana OPS Cantas diadakan selepas kumpulan samseng mula tunjuk lagak. Begitu juga dengan kejadian rumah atau banglo runtuh, semuanya akan bertindak selepas kejadian buruk telah berlaku.

Sampai bila pihak berwajib perlu menjadi BOMBA, padam api bila ada kebakaran....



You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998