LORONG KHAS UNTUK MOTOSIKAL?

by - Wednesday, November 13, 2013

Gambar ini hasil dari google, kejadian yang sering berlaku di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang sebelum ini.

Tadi aku terbaca satu berita di BH (klik saja link tuh untuk baca), kerajaan nak tubuhkan satu jawatankuasa untuk kaji lorong khas bagi penunggan motosikal.

Memetik dari BH:

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof, berkata antara kajian dijalankan, termasuk kategori motosikal yang dibenarkan berada di lebuh raya mengikut kapasiti enjin (CC) dan keluasan lorong khas yang ingin dibina bagi memuatkan pelbagai saiz motosikal termasuk yang berkuasa tinggi dan bersaiz besar. 

Beliau berkata, motosikal memiliki CC rendah mungkin tidak dibenarkan berada di lebuh raya bagi melindungi pengguna kenderaan itu daripada risiko kemalangan. 

Katanya, penunggang motosikal, terutama ‘kapcai’ terdedah kepada risiko kemalangan di lebuh raya disebabkan angin daripada kenderaan lain yang lebih laju boleh menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan.

Antara setuju dan tidak dengan pendapat menteri ini, walaupun rasanya bukan aku saja malah ramai lagi penunggang motorsikal diluar sana akan memilih untuk tidak bersetuju dengan menteri ini.

Kalau risiko angin menjadi faktor, kenapa sejak dari dulu lagi tidak diharamkan motosikal dari menggunakan Jambatan Pulau Pinang?

Dan jika dibuat lorong khas, agak-agak berapa lebar yang akan diperuntukkan untuk penunggang motosikal ini?

Berapa pula CC yang boleh dikatakan selamat untuk menunggang dilebuh raya?

Atau mungkin juga kerajaan ada memikirkan untuk menghapus cukai import motosikal, supaya semua rakyat Malaysia mampu untuk beli motorsikal yang dikategorikan CC selamat untuk menunggang dilebuh raya.

Kalau betul lah kan...agak-agak berapa harga Panigale nanti ye...

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998