JOM KITA PIKIR SEKEJAP...

by - Wednesday, November 13, 2013

Kalau hangpa ada baca blog bro Mazidul ,sejak kebelakangan ini banyak pendedahan pasal Mykad palsu yang diguna pakai oleh pendatang terutamanya dari Indonesia.

Kebanyakan yang menggunakan Mykad palsu tuh mengaku berasal dari Sabah mahupun Sarawak,mungkin kerana gaya pertuturan yang hampir sama.


Selain dari berkerja sebagai Pengawal Keselamatan, ada juga yang berjaya menjadi anggota RELA dengan hanya menggunakan MYkad palsu ini.

Apa nak dihairankan sangat kan,  pengawal yang menembak pegawai bank tempoh hari pun berjaya membuka akaun bank  dengan Mykad palsu.

Ok, aku cuma nak ajak hang pa pikir sejenak.... kalau akaun bank depa boleh bukak,boleh diambil bekerja sebagai pengawal, boleh dibagi guna senjata api...secured sangatkah Mykad kita la ni

Agak-agak hang pa la staff-staff baru kat tempat kerja hang pa tuh kalau kata berasal dari Borneo, rasanya ada pegawai yang check tak?

Bagaimana pula "kalau" dengan mykad palsu tuh juga ada diantara depa yang berjaya menjadi anggota polis,kastam,imigresen dan sebagainya...

Ini baru yang dari Indonesia,belum lagi Myanmar,Filipina,Thailand,Bangladesh dan Pakistan

Adakah ini mustahil??? Rasanya tidak, so apa kata hang pa pikir sekejap pasal isu ini..

p/s: nasib baik la Nigerian nih ada banyak perbezaan, kalau tak mau depa mengaku anak mamk atau mami penang pulak nanti dengan Mykad palsu

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998