JANGAN LUPA, AHAD MALAM JAMBATAN PULAU PINANG TUTUP

by - Thursday, November 14, 2013

Saja nak bagi peringatan kepada sesiapa yang nak ke Pulau Pinang hujung minggu nih. Maklumlah esok hari terakhir persekolahan bagi tahun ini, mana tau ada yang dah plan nak ke Penang kan.

Jambatan akan ditutup untuk acara tahunan Penang Bridge International Marathon.

Berdasarkan pengalaman aku tahun lepas,ianya akan ditutup secara berperingkat dari dua-dua hala, malah jalan-jalan yang menuju ke arah jambatan juga akan ditutup baik disebelah pulau mahupun di tanah besar.

Jadi kalau ada yang nak ke Penang atau yang nak balik kampung pada malam minggu nih silalah rancang perjalanan tu.

Walau bagaimana pun semasa jambatan ditutup dari tengah malam sehingga sekitar pukul 10pagi, hang pa masih lagi boleh menggunakan feri untuk berulang-alik tapi mungkin ambil masa menunggu yang agak lama lah nanti.

Dibawah nih running map untuk Penang Bridge Marathon yang akan bermula dan berakhir di Queensbay Mall


You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998