BR1M 3.0 INFO TERKINI

by - Thursday, November 28, 2013

Tinggal lebih kurang 2 hari lagi kita akan masuk ke bulan Disember kejap saja kan dah nak bertukar tahun.


Dalam heboh pasal kenaikan gaji Menteri Besar dan Exco Selangor yang mencecah sehingga 300% atau pasal pengakuan Johan As'ari yang ingin menjadikan Lana Nordin sebgai isteri, keywords yang berlegar-legar sekarang ialah BR1M 3.0 2014.


Ramai yang tengah men GOOGLE mencari-cari dimana dapat memuat turun borang ataupun dimana nak isi secara online.

Sebenarnya tarikh untuk permohonan BR1M 3.0 ini belum lagi diumumkan,walaupun ianya diwar-warkan akan dibuka pada bulan Disember nanti baik offline mahupun online.

Jadi semua harap bersabar lah ye.

Bagi yang malas untuk beratur dan hanya nak selesa diatas kerusi pejabat atau rumah atau juga dizaman yang serba canggih ini boleh dikatakan semua mempunyai smartphone dan plan data,hangpa boleh layari link dibawah dari masa ke semasa untuk mendapatkan update terkini mengenai BR1M nih


Mesti ramai yang ternanti-nantikan,sebab jumlah pendapatan isi rumah dah dinaikkan seperti nih :

- pendapatan seisi rumah dibawah  RM3000, bantuan dah dinaikkan dari RM500 ke RM650
-pendapatan seisi rumah RM3000 - RM4000 bantuan RM450 diberikan
- golongan bujang bawah 21tahun dan pendapatan dibawah RM2000 bantuan dinaikkan dari RM250 ke RM300.

Selain dari itu diberikan pula perlindungan insurans berkelompok dengan perlindungan maksima sehingga RM30000 dengan caruman sebanyak RM50.

Untuk penerima BR1M sebelum ini, tidak dapat dipastikan lagi sama ada perlu untuk menghantar borang sekali lagi atau mungkin akan diminta untuk mengemaskini butiran peribadi, kalau tak silap pembayaran untuk BR1M 3.0 akan dimasukkan terus ke akuan bank.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998