BERTUAH JUGA AKU RUPANYA

by - Tuesday, November 26, 2013

Bebaru nih company aku ada buat Annual Dinner bagi tahun ini untuk meraikan semua kaki tangan yang telah bertungkus lumus bekerja selama hampir setahun ini.

Bertempat di Vistana Hotel dengan bertemakan Rock n Roll Nite, mungkin secara kebetulan kut bila aku check balik timeline kat facebook, tema annual dinner kawan-kawan kat friendlist juga bertema kan Rock n Roll.

Sepanjang aku dengan company ni, boleh dikatakan ada "luck" untuk setiap kali seisi cabutan bertuah diadakan. Walaupun tak pernah lagi menang 1st prize mahupun Grand Prize tapi dalam senarai top 20 mesti lekat juga nama aku.


Tahun nih lucky draw, nama aku sangkut pada nombor 20. Dapatlah Philips Blender sebiji,jadilah dari tak de langsung kan.

Bawah nih beberapa highlight untuk Annual Dinner Malam tuh,


Walaupun majlis bertemakan Rock n Roll tapi yang ini ialah Ratu Dangdut, kali kali naik pentas untuk persembahkan lagu Inul Darasita. Malah dalam ber Rock n Roll ini juga staff yang membuat persembahan ular



 Jangan terkejut, Mekel Jeksen pun datang tau..

Tapi yang membuatkan ramai yang terpaku bila para penari muncul atas stage....

AWAS untuk mereka yang berumur 18 tahun atas saja boleh melihat gambar seterusnya!!!

Cukuplah kut bagi preview gambar dancer setakat ini ja... :-)

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998