AL FATIHAH - HAFIZ

by - Friday, November 08, 2013

 Kegembiraan seorang anggota bomba menunggang motosikal berkuasa tinggi milik rakannya, berakhir tragedi apabila terbunuh dalam kemalangan di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di sini, malam kelmarin. 

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, Mohd Hafiz Iduras, 27, dari Bagan Ajam dekat sini, meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya (HSJ) selepas motosikal Honda CB 1000cc yang ditunggangnya gagal dikawal sebelum merempuh pembahagi jalan. 



Mohd Hafiz yang berkhidmat sebagai anggota bomba bantuan selama lima tahun di Terminal Kontena Butterworth-Utara, disahkan meninggal dunia berikutan cedera parah di kepala dan tengkuk. 


Rakannya yang enggan dikenali berkata, mangsa meminjam motosikal daripada rakan mereka di Kulim beberapa hari lalu. 

“Dia (Mohd Hafiz) beriya-iya menyatakan keinginan menunggang motosikal berkuasa tinggi,” katanya, di sini, semalam. 

Sementara itu, Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Seberang Perai Utara, Asisten Superintendan Suhaimi Mohd Noor, berkata mangsa menunggang berseorangan untuk pulang ke rumah dari tempat kerjanya yang terletak kira-kira 200 meter dari lokasi kemalangan.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998