AHF CHAMPIONS TROPHY - MALAYSIA TEWASKAN CHINA

by - Friday, November 08, 2013

 Skuad hoki negara menghidupkan peluang tipis mara ke pentas final Trofi Juara-Juara Asia di Kakamigahara, Jepun selepas menewaskan China 5-4 semalam.

Dengan kemenangan itu, skuad negara kini menduduki tangga ketiga dengan mengumpul enam mata dan perlu menunggu keputusan semua perlawanan hari ini untuk mengetahui nasib mereka.


Anak buah Paul Revington juga perlu menang perlawanan terakhir menentang India hari ini kerana selain keputusan itu, ia akan menutup terus peluang skuad negara untuk ke final.

Pada perlawanan semalam, skuad negara memanfaatkan beberapa peluang dengan baik tetapi turut kerap melakukan kesilapan di benteng pertahanan hingga menyaksikan lawan berjaya menjaringkan empat gol.


Muhammad Razie Abdul Rahim menyumbang dua gol sementara Faizal Saari, Ismail Abu dan Amirullah Zainol masing-masing satu gol.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998