WATERMARKING GAMBAR

by - Monday, October 14, 2013


Watermark gambar? Alah bukan pro pun, gambag tak cun sangat pun....
Mungkin itu yang sering kita dengaq dari golongan yang baru nak menceburi bidang photography nih. baru nak belajaq ambil gambaq macam aku jugak la.

Mungkin bagi kita gambaq yang kita ambil tuh cuma sekadar gambar,sekadar moment tapi bagi orang lain gambaq itu mungkin mempunyai nilai tersendiri.

Cuba bayangkan gambar yang kita ambil diguna semula untuk tujuan komersial tanpa kredit balik kepada kita? 

Member aka sifu aku dah terkena bila gambar arwah Mantan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak diguna pakai secara meluas tanpa sedikit pun memberikan kredit kat dia.


Melenting sakan gak la sifu aku, tapi memandangkan gambaq tuh diguna pakai untuk ucapan takziah dan dengan cara yang baik...dia sejuk sikit la.

So kalau yang dah berminat dengan photography nih sama ada secara sambilan,amatur mahupun pro dah tentu tahu akan kepentingan watermarking photo nih.

Secara tak langsung dengan watermark nih akan dapat membantu mengiktirafkan hasil kerja hang pa dalam bidang photography nih.

Tapi janganlah waterkmarking sampai mencecah 60% pada gambaq,nanti orang tak nampak keunikan gambaq tuh dah.

Aku pun sekarang nih tengah tercari-cari gak icon atau logo yang sesuai untuk watermark gambaq-gambaq yang aku nak upload ke media sosial nih.

Tapi masalahnya camera aku dah lama tak beraksi nih...
Kalo sifu ku Din Brasco ada membaca...Bila yang kita nak pi menembak nih??




You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998