TAK MACAM BILA HARGA PETROL NAIK

by - Tuesday, October 01, 2013

Walaupun harga rokok naik mencecah RM12.00 dengan peningkatan RM1.50, boleh dikatakan tiada kekecohan berlaku baik dikedai mahupun di status-status media sosial seperti facebook,twitter dan sebagainya.


Kalau ada pun cuma sekadar mengeluh, tapi nak buat macamana perokok yang menjadi mangsa WALAUPUN perokok di Malaysia merupakan salah satu penyumbang keatas sumber pendapatan Negara.

Kenapa?

Tidak Percaya??
Cuba baca nih,dari Berita Harian online

Kerajaan rugi cukai RM700j
Malaysia tempat ketiga guna meluas rokok seludup
Kuala Lumpur: Malaysia kerugian lebih RM700 juta dalam nilai cukai akibat penyeludupan masuk rokok dari luar negara dalam tempoh dua tahun sehingga Ogos lalu. 
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, berkata dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, sebanyak 1,770 cubaan penyeludupan dipatahkan dengan nilai cukai RM135.2 juta, manakala tahun lalu pula, 3,377 kes dikesan dengan cukai RM254.7 juta dan nilai cukai pada tahun sebelumnya mencecah RM359 juta.
Jejas ekonomi negara 

“Kegiatan penyeludupan bukan saja menjejaskan ekonomi negara, tetapi juga secara tidak langsung mengancam ketenteraman negara dan rakyat,” katanya. 
Sementara itu, Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Datuk Seri Khazali Ahmad, berkata pihaknya terus memburu peniaga runcit yang menjual rokok lari cukai selain mengawal cubaan menyeludup komoditi berkenaan di sempadan dan ‘lorong tikus’. 
“Pekedai runcit guna pelbagai taktik untuk jual rokok berkenaan kerana permintaan tinggi pembeli. Antara taktik itu termasuk menanam rokok atau menyembunyikannya di belakang kaunter. Mereka hanya jual kepada individu dikenali,” katanya. 
Peniaga disabit kesalahan menjual rokok seludup boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda antara 10 hingga 20 kali ganda nilai rampasan atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Presiden Pusat Pelaburan dan Cukai Antarabangsa (ITIC), Daniel A Witt, ketika melancarkan hasil kaji selidik Asia II: Petunjuk Tembakau Haram 2012, di sini semalam, berkata penggunaan meluas rokok seludup meletakkan Malaysia di kedudukan ketiga tertinggi selepas Brunei dan Hong Kong. 
Katanya, statistik tahun lalu itu yang turut meletakkan Malaysia di tempat kedua tertinggi mengalami kerugian dari aspek kutipan cukai selepas Australia, adalah hasil kajian Oxford Economic terhadap 11 negara di rantau ini termasuk Australia, Singapura, Filipina, Pakistan, Thailand, Vietnam, Indonesia dan Taiwan. 
7.9 bilion jualan rokok 
“Kajian menunjukkan 66 bilion batang rokok haram terjual di 11 negara itu mengakibatkan kerugian keseluruhan RM11.1 bilion dari segi kutipan cukai. Di Malaysia, 23 bilion batang rokok dijual tahun lalu termasuk 33.5 peratus atau 7.9 bilion batang rokok seludup,” katanya.

Bila rokok naik harga, perokok akan berusaha mencari altenatif jadi rokok murah akan menjadi pilihan maka sumbang kepada kerajaan dah semakin kurang.
Kalau makin ramai yang beralih kepada rokok murah, kutipan cukai pun kurang silap-silap boleh bungkus syarikat rokok yang ada kat Malaysia

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998