OFA DIPERTANDINGAN HOKI DALAM DEWAN UPSI

by - Wednesday, October 30, 2013

Untuk pertama kalinya pasukan hoki OFA telah menghantar dua pasukan ke kejohanan Hoki Dalam Dewan yang diadakan di UPSI Tanjong Malim.

Pertandingan kali ke 8yang diadakan pada 24 Oktober sehingga 27 Oktober.

Ini merupakan pengalaman pertama bermain indoor hoki bagi pasukan OFA. Latihan persiapan diadakan di Stadium hoki USM bersama dengan pasukan Indoor Hoki USM menyertai kejohanan ini.

Dibawah merupakan Pasukan OFA Blue 

Pasukan OFA Blue diletakkan didalam kumpulan G3 bersama dengan UPM dan ATM C.
OFA Blue kalah pada kedua-dua pasukan ini dengan jaringan 4-0. Walau bagaimana pun satu pengalaman berharga untuk kesemua pemain yang bermain kali ini.

 Manakala yang ini merupakan pasukan OFA Yellow


OFA Yellow pula yang diletakkan didalam kumpulan G6 bersama pasukan XY Base dan Taiping Ex Star. Pasukan ini berjaya mengalahkan pasukan Taiping Ex Star dan juga menang dengan XY Base melalui sudden death penalty stroke.

OFA Yellow muncul sebagai johan kumpulan dan layak ke peringkat kedua,namun tewas kepada pasukan Trolak dipusingan tersebut.

Dengan pengalaman pertama untuk semua pemain sudah pastinya ianya tidak akan berakhir pada kejohanan ini. UPSI ke 9 pasti OFA akan lebih bersedia untuk menghadapi cabaran,
Jadi pasukan-pasukan diluar sana berhati-hatilah.

~fortis atque fidelis~

 

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998