NIMOTA CK 9 JANGAN BUAT PANDAI TORK...

by - Tuesday, October 08, 2013

NIMOTA CK9?
Moto apa tuh?
Berapa CC?
Laju tak?
Topspeed berapa boleh lari?
Banyak problem tak??

Soalan-soalan biasa yang boleh dibaca kalau kita join group atau fanpage kat facebook.
Mungkin soalan-soalan ini sekadar ingin tahu atau juga ada yang mempunyai minat untuk mengetahui lebih lagi dan berangan-angan unutk memiliki Nimota nih.

Dari segi rupa bentuk yang seakan-akan superbike cer compare dengan FZ pada gambaq kat bawah, dengan harga mampu milik sekitar Rm7000. kira berbaloi la.

Kira macam beli kereta la jugak, tak kan kita nak expect kancil punya performance nak compare dengan BMW kan..

 Member aku dah pakai Nimota nih, betul memang ada problem dan dah tentu tipu kalau tak dak problem. hangpa beli barang apa yang tak dak problem cuba cerita mai sat.

Tapi kalau ada problem sekali pun kena mintak nasihat kepada yang arif la dah tentu boleh settle.
Kalau hangpa pakai nimota CK9 nih hangp pi mintak nasihat kat yang pakai R1 ka R6 ka dah tentu depa tak mampu nak tolong.

Sebabnya selalu bila ada yang berminat nak tahu motor nih dengan lebih lanjut tapi depa pi tanya soalan kat tempat lain.

So mula lah depa dapat feedback yang mengarut dan yang mencarut tuh. Ada yang reply pada satu soalan kat FB tentang motor nih, siap bagi tau motor nih tak dak cluth tangan.

Nampak sangat nak tunjuk pandai tapi bengap.

Cuba tengok gambaq bawah nih, Nimota CK9 yang dah di "facelift" oleh owner, cun gak kan.
Semuanya terpulang kepada kreativiti owner.


Setakat nih yang aku dok follow thread depa kat FB-FB nimota nih tak pulak la aku dengan ada major problem. Dah berkali-kali depa pi konvoi long distance tak pula yang mengadu motor breakdown ka,enjin terbarai ka atau ekzos jatuh tengah jalan.


Jadi kepada yang berminat nak tahu dengan lebih lanjut pasal motor Nimota CK9 nih
better hangpa direct tanya kat FB yang berkaitan dengan CK9 nih dari hang pa dok tanya kat tempat yang bukan-bukan.

Ada group tengah,utara,selatan malah ada group yang dah official register pun dengan ROS.
PI LAH KAT SINI KALAU NAK TAU
https://www.facebook.com/groups/nimotack9
https://www.facebook.com/groups/ck9melakariders
https://www.facebook.com/groups/620170098011700


You May Also Like

5 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998