KAMERA LASAK, ALL WEATHER CAMERA

by - Tuesday, October 15, 2013

PENGGEMAR photography biasanya mahukan kelainan apabila menghasilkan foto bagi memenuhi kepuasan sendiri selain mempertontonkannya kepada umum.

Ini kerana hasil seni photography yang mempunyai kelainan tersendiri sudah pasti menjadi sebuah karya yang bermutu dan mempunyai nilai kreatif yang baik.

Sebab itulah sudah ramai di kalangan jurufoto memiliki kamera lasak untuk semua keadaan cuaca (All Weather Camera) yang dijual dalam bentuk kamera kompak.

Kamera seperti ini agak baru bagi kebanyakan peminat photography namun dengan teknologi digital terkini, kamera tersebut dapat menghasil photography yang bermutu dan boleh digunakan untuk cuaca biasa, dalam hujan dan boleh dibawa menyelam sehingga 15 meter.


Kelebihannya yang kalis air, tahan gegaran, calar, sejuk serta tahan habuk membuatkan kamera lasak ini semakin diminati kerana boleh digunakan dalam pelbagai keadaan.

Selain itu, kebanyakan kamera tersebut dilengkapi dengan sistem GPS, Wifi, Sensor Perakam Imej terkini yang boleh membuat rakaman gambar hingga 15 bingkai sesaat dan penstabilan imej optik.

Dengan adanya kamera untuk semua cuaca ini anda tidak perlu lagi takut sekiranya kamera anda terkena air dan sebagainya.

Antara kamera yang kini berada di pasaran adalah Nikon 1 AW1, Nikon Coolpix AW 110, Olympus Stylus TG-2 , Olympus TG-1 iHS, Panasonic TS5D, Panasonic TS20, Fujifilm Fine Pix XP150, Pentax WG-3GPS, Sony Cyber-shot DSC-TX20, Canon Power Shot D20, Samsung WP10 (AQ100) dan banyak lagi.


Kesemua kamera ini juga dilengkapi dengan perakam video berkualiti tinggi (Full HD Video 1080p) bagi menghasilkan rakaman video yang berkualiti.

Walaupun kamera lasak ini mempunyai pelbagai kelebihan namun harga yang ditawar oleh pengeluarnya amat berpatutan dan boleh dimiliki seperti mana kamera lain. - UTUSAN

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998