HADI HUSSIEN BAKAL MENGEMBARA LAGI

by - Wednesday, October 09, 2013

Tatkala sibuk melengkapkan persiapan ekspedisi termasuk mengubah suai motosikal kapcai 130 cc, pengembara solo Hadi Hussien, 42, gembira menerima penajaan aksesori motosikal GiVi menjelang Cabaran Paris-Dakar November depan.
Biarpun banyak kerja menanti, Hadi optimis usahanya mengembara secara solo menaiki motosikal kapcai kali ketiga ini semakin mendapat perhatian pihak tertentu.

“Saya mempunyai hubungan baik dengan GiVi dan menggunakan pelbagai kelengkapannya sejak 1990. Justeru, saya amat gembira dan mengucapkan terima kasih atas penajaan mereka pada kali ini.
“Antara aksesori diberikan topi keledar, baju kalis air, sarung tangan dan sebagainya. Sebelum ini, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) juga memberi sokongan kepakaran teknikal, ” katanya di majlis penyerahan tajaan itu di sini, semalam.

Sementara itu, Pengurus Operasi Luar Negara GiVi Joseph A Perucca berkata, pihaknya berbesar hati dapat menaja Hadi yang mempunyai semangat juang tinggi mengembara solo.

Selain membantu Hadi, tajaan itu juga berupaya memperkenalkan jenama itu di mata dunia.
“Saya yakin ekspedisi ini mampu memberi impak positif kepada seluruh warga Malaysia dan antarabangsa.

“Bukan senang mengembara secara solo kerana kita perlu kuat dari segi mental dan fizikal berikutan sebarang kesulitan dialami nanti tiada teman di sisi yang boleh membantu,” katanya.
Mengimbas jelajah pertama Mohd Hadi pada April 2010, beliau merentas 27 negara dengan motosikal kapcai dan sehelai seluar, kain pelekat dan dua kemeja-T.

Kembara empat bulan yang berakhir di London itu melalui Thailand, Nepal, India, Pakistan, Iran, Turki serta beberapa negara Eropah.

Beliau mengulangi kejayaan hampir sama apabila menyeberangi tiga negara dan merentas garisan khatulistiwa Disember tahun lalu.
SUMBER - METRO

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998