DUCATI 899 PANIGALE RM108K DARI NEXT BIKE

by - Thursday, October 17, 2013

Next Bike Sdn Bhd (Next Bike) pengedar tunggal Ducati Malaysia memperkenalkan motosikal baru, Ducati 899 Panigale di pasaran Malaysia dan pertama di rantau Asia selepas pengenalannya di peringkat global pada bulan lalu.

Model berkenaan yang dibangunkan di Thailand dijangka berada di pasaran tempatan pada pertengahan 2014 dan dapat memperkukuhkan lagi penguasaannya di negara ini.



Pengerusi Eksekutif Kumpulan Bersama Naza Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin berkata, Ducati Malaysia menyaksikan pertumbuhan ketara dalam perniagaan sejak tiga tahun lalu dan dijangka mencatatkan pertumbuhan dua angka setahun.

“Komitmen Next Bike untuk menubuhkan asas yang kukuh untuk jenamanya di Malaysia dengan pelaburan lebih RM1 juta bagi setiap rangkaiannya di negara ini membolehkan Ducati Malaysia menerima gelaran ‘Rangkaian Ducati Terbaik Bagi Pembangunan Wilayah Asia Pasifik’.

Foto
SM Faisal (dua dari kiri) pada majlis pelancaran Ducati 899 Panigale


“Oleh itu, kami akan membuka enam lagi pusat 4S pada 2013 dan lebih banyak cawangan pada tahun 2014 bagi memenuhi keperluan pelanggan kami,” katanya dalam kenyataan di sini.


Ducati 899 Panigale dijual pada harga eksklusif RM108.888 untuk penghantaran awal terus dari Bologna, Itali. - SUMBER

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998