DAH PASTI ADA PENURUNAN

by - Friday, October 25, 2013

Dah pasti ada penurunan subsidi dalam belanjawan tadi, yang bermakna harga terpaksa dinaikkan mulai tengah malam ini..

Subsidi gula diturunkan sebanyak 34sen yang bakal menjadi jadi harga gula juga akan naik sekitar 30-35sen.


Subsidi Gula Dimansuhkan 34 Sen Berkuat Kuasa Esok - Najib
KUALA LUMPUR: Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa esok, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada Jumaat.
Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat berkata langkah itu bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan.
"Berdasarkan statistik, terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes," katanya.
Beliau berkata keadaan itu jika tidak dikawal akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, mata buta dan kaki terpaksa dipotong. "Saya menyeru agar kita bersama-sama jaga kesihatan, kurangkan manis dalam makanan dan minuman. Tambahkan manis dalam senyuman," katanya. -BERNAMA
Cuma aku tertanya-tanya jugak la berapa agaknya segelas teh atau kopi yang perlu kita bayar dengan penurunan subsidi ini?
Kalau sebelum ini segelas teh ais di Restoran Pelita Nasi Kandar cuma RM1.50 (minum atau bungkus) so dengan kenaikan ini mungkin juga ada minuman yang akan menceccah ke tahap RM2.00. Tak mustahil kan.
Terpaksa lah kita maniskan senyuman,walaupun kelat untuk ditelan

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998