CUMA 6 TIPS UNTUK MENARIK PEMBACA?

by - Friday, October 18, 2013

Sejak lepas Jumaat dari aku asyik dok tanya kat pakcik Google cara nak tarik pembaca ke blog.

Macam-macam keywords yang aku guna untuk tanya pakcik, tapi kebanyakkan jawapan yang aku terima hampir sama malah ada jugak yang 99% sama,yang lagi 1% tuh cuma tukar nama saja.

Tapi dalam 99% jawapan yang diberikan oleh pakcik Google, hampir 70% bagi 6 tips yang sama untuk menarik pembaca ke blog.



TIPS #1 PASTIKAN ADA PERENGGAN
Supaya pembaca tak hilang mood nak teruskan membaca. macam masa belajar buat karangan kat sekolah dulu lah..

TIPS #2 ENTRI JANGAN TERLALU PANJANG
Agak-agak setakat cerpen sudah la entri blog,jangan dibuat tahap novel pulak

TIPS #3 ADA GAMBAR
Gambar ini penyeri,kadang tajuk memang hampesh,tapi gambar yang menarik tuh yang buat orang nak tengok apa ada didalam, lagi pun PITURES TELL A THOUSAND WORDS

TIPS #4 GUNA AYAT STANDARD BUKAN RINGKAS MACAM SMS
Tak semestinya menggunakan Bahasa Malaysia dalam kamus,tapi yang dimaksudkan standard tuh yang mudah difahami bukan macam ayat hantaq sms yang ringkas bagai nak rak sampai lebam kepala otak nak pikiaq apa maksud dia

TIPS #5 TANYA PEMBACA BALIK
Secara tak langsung dapat jugak komen-komen yang membina atau yang menghentam kita balik...ada jugak la dari kosong saja ruang komen kat bawah

TIPS #6 PROVOKASI ATAU ENTRI KONTROVERSI
Ini memang kompem boleh tarik orang,banyak isu semasa yang boleh dimainkan. Tapi kalaua blog kita bersifat personal jangan la pulak memihak memana pihak terutama isu politik.

Ini antara hasil bedah siasat aku bersama dengan pakcik Google, tak semestinya semua nih betul atau menjadi tapi tak salah kalau kita pakai-pakat cuba. lagi pun banyak cara lain yang boleh dibuat selain dari yang diatas contohnya guna BLOG PING,BACKLINK dan bermacam yang lain

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998