BELANJAWAN 2014 APA YANG BOLEH KITA HARAPKAN

by - Friday, October 25, 2013

Belanjawan 2014 akan dibentangkan oleh Perdana Menteri kita (maybe dah berlangsung) hari ini. Aga-agaknya lah apa harapan kita untuk kali ini.

Bagi perokok memang ternanti-nati dengan penuh harapan agar cukai rokok dan harga rokok diturunkan bagi mengelakkan kerugian dari segi duti cukai Kastam.

Walau bagaimana pun ianya sekadar harapan,sebab sebelum ini harga rokok cuma naik tak pernah turun.

Kalau kakitangan kerajaan sudah tentu ternanti-nanti berapa bulan bonus yang akan diterima oleh mereka, kalau swasta jangan harap sangat lah ye.

Atau mungkin beberapa subsidi barangan akan dikurangkan yang akan membuatkan harga barangan tersebut meningkat. Sebelum ini pun ada Menteri dah bagi hint pasal pengurangan subsidi...

Boleh jadi subsidi bahan bakar seperti petrol akan dinaikkan yang akan mengakibatkan penurunan harga bagi menampung harga barangan yang bakal dikurangkan subsidi. Ya lah sebelum ini bila petrol naik harga semua merungut kos meningkat,so kalau petrol turun dah pasti depa tak kan boleh memberi alasan untuk menaikkan harga barang yang lain....tak gitu

Walau apa pun bagi dari golongan mana sekali pun,harapan kita agar belanjawan kali ini akan membantu rakyat sepenuhnya...

p/s: Agak-agak berapa RM untuk BR1M tahun depan?

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998