SEMOGA DICUCURI RAHMAT...

by - Thursday, September 26, 2013

AL FATIHAH untuk bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak.
Ketepikan fahaman politik seketika, jom sedekahkan Al Fatihah buat arwah dan takziah kepada ahli keluarga.



ALOR SETAR: Bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak, 69, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di sini pagi Khamis.
Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata beliau menerima mesej teks tentang berita ini beberapa minit selepas Azizan menghembuskan nafas terakhir.
Pada Rabu lalu Azizan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami serangan jantung di hospital.
Keadaan Azizan lemah sejak pukul 1.00 pagi hari berkenaan dan beliau mengalami serangan jantung dua jam kemudian.
Beliau tidak sedarkan diri dan telah diletakkan di bawah pemerhatian rapi.
Ketua Penerangan PAS Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata Azizan mengalami serangan jantung kedua pada tengah hari Rabu lalu.
Kaki Azizan telah dipotong di bawah paras lutut pada bulan Mei lepas akibat komplikasi kencing manis yang kronik. Azizan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Limau dimasukkan ke hospital swasta di sini pada 6 Mei lalu dan dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang pada hari yang sama.
Beliau telah dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah bulan lepas.

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998