SEMALAM...BACK TO SCHOOL AGAIN

by - Monday, September 02, 2013

 Semalam merupakan hari "BACK TO SCHOOL"...again. Kalau ada yang sibuk menghantar anak-anak balik ke asrama atau ada yang menghantar anak-anak balik ke kolej mahupun yang mendaftar masuk ke Universiti, tapi kami semua memilih untuk balik ke sekolah...PENANG FREE SCHOOL

Gambar badge yang tertera didinding block tingkatan 6 (mana aku dulu,time la aku tak pasti)

Bukan lah balik nak pi belajar tapi balik untuk perlawanan persahabatan dengan pelajar-pelajar PFS sekarang nih

Ini terletak di hadapan pintu masuk ke Penang Free School, sebelum ini tertera tulisan jawi kat situ, tapi memandangkan PFS dalam persiapan menuju ke sambutan 200 tahun, dengaq cerita tulisan jawi terpaksa ditukarkan.

Actually signage nih semua baru buat, time aku dulu mana ada nih semua. Nak buat macam mana zaman berubah,masa berlalu pantas
Mana tak berubahnya, mamat nih pun dah bertahun dak jumpa, tup tup semalam ada. lama tak pegang kayu bukan alasan tak turun ke padang keluarkan peluh walaupun bertahun... once a frees always a frees..

Sembang-sembang nak gunakan taktik apa nak main sat lagi... Lagi pun anak-anak buah Johnny Ooi macam kami nih semua memang berdisiplin. Kata game pukul 4.30 petang, pukul 3.50 petang kami dah sampai.


Inilah "DREAM TEAM" pasukan hoki OFA, kalau sebut dalam bahasa melayu nanti malu...pasukan murid tua hahaha. Walau bagaimana pun ini cuma sebahagian dari pasukan nih, kalau ikut list ada 40 orang member.
Yang nih pemain-pemain yang boleh dikategori masuk dalam veteran yang sikit hari lagi akan dikategorikan sebagai klasik, tapi semangat tuh ada walaupun tahap permainan semua dah ke laut.
Kalau tak dak yang nih yang current pun tak dak tau. 
Semua player diatas merupakan CHAMPION pada zaman memasing tau...

Lari pun tercungap-cungap dah

Nampak bergaya pasal semua tengah duduk, cuba berdiri kompem nampak apa yang cuba disembunyikan, walau pun senyum tapi seksa tahap nafas nak bagi nampak slim
Ini sesi bergambar dengan jersi pasukan hoki Malaysia... bukan dapat free tapi semua pakat order nak support team Malaysia

Next reunion untuk team nih ialah pada 21/09/2013 untuk karnival 6 sebelah dan 22/09/2013 untul annual games OFA vs PFS


You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998