SEMALAM MEMANG KECOH...

by - Tuesday, September 03, 2013

Sejak tengah hari semalam dah kecoh tak kira lah whatsapp ka,wechat ka,twitter,blog,facebook mahupun medium media sosial yang lain...heboh pasal petrol naik dua kupang.

Menjelang berita perdana pukul 8 malam semalam,timeline dipenuhi dengan bermacam pendapat dan komen dari pengguna.. Ada yang menyalahkan ada yang mengokong ada yang sekadar mencurahkan petrol.

Malah ada Ahli Parlimen yang tak mampu nak bezakan keperluan dan kemampuan sampai mengeluarkan tweet sebegini
Mungkin dia masih belum dapat membezakan keperluan orang kampung dengan kemampuan dia berbini lebih kut.

Untuk Menteri KPDNKK yang satu ketika dulu suruh boikot ayam,sekarang nih dia kata tiada sebab untuk peniaga naik kan harga barang.

Dia mungkin lupa,secara tak langsung kenaikan ini akan melibatkan kos operasi para peniaga. Nelayan pun sekarang bot guna enjin bukan pakai dayung, hantar barang guna lori bukan kereta lembu.

Mungkin dari satu sudut lain ada pernurunan subsidi yang berbillion ringgit untuk rakyat, tapi masih lagi bukan semua yang akan menikmatinya.

Kalau dengan potongan subsidi petrol ini disalurkan menjadi bonus kaki tangan awam, yang swasta pun belum tentu akan dapat bonus.

Kalau pemberian BR1M untuk mereka yang berpendapatan dibawah RM3000, bagaimana yang berpendapatan lebih sedikit dari itu tapi mempunyai ramai tanggungan??

Memang kalau dibandingkan harga petrol kita lebih rumah dari negara jiran, tapi kita perlu juga melihat dari sudut kos sara hidup dan nilai matawang kita juga...


You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998