Satu pagi dihujung minggu

by - Sunday, September 22, 2013

Satu pagi dihujung minggu sekitar pasar di Serang Jaya...

Kelihatan seorang OKU yang kudung tangan dan kaki, disatu sudut menadah bekas mengharapkan ihsan orang ramai. Dengan berbaju melayu,berseluar track dengan papan beroda doa bergerak disekitar sudut.

Dalam masa setengah jam aku perhatilan saja kelakuan OKU tuh sambil mengira berapa jumlah ihsan dari orang ramai....

Jangan terkejut jangan terperanjat kalau aku kata dalam tempoh masa tuh saja hampir DUA RATUS RINGGIT di"SEDEKAH"kan pada OKU tuh.

Bukan nak menghina atau mencerca, dalam keihlasan orang bersedekah OKU tuh rupanya menipu orang ramai.

Bekas yang ditadah sentiasa dikosongkan,setiap ringgit dan sen yang diberi diselitkan dalam sebuah beg yang disembunyikan bawah kaki yang kudung. Syilling pula disimpan dalam kocek baju melayu.

Jadi cuba bayangkan kalaulah dia mula menadah bekas dari pukul 7 pagi sehingga pukul 11 setiap Sabtu dan Ahad sahaja berapa yang berjaya dia kumpulkan??

4 jam menadah dua hari seminggu sudah pasti melebihi gaji setengah orang yang bekerja 6 hari seminggu.

Jadi renung-renungkan lah...

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998