LAGI KERANA CHARLIE KALI INI SI ABANG PULA

by - Tuesday, September 24, 2013

Memang glamer sungguh semut nih, bermacam nama dan gelaran yang diberikan semut semai,charlie,tomcat,kumbang rove dan sebagainya.

Sampai dalam wikipedia pun ada, tak percaya tengok SINI.

Kalau diiikutkan dari sumber MPSP di SINI serangga ini antara yang berbisa didunia. Semburan boleh membawa maut kalau ada yang mengalami alahan.

Tapi hero-hero aku nih...kalau hari tuh si adik Hfiy Mifzal kena dekat mata, kali nih si abang pula yang kena

Mungkin akibat selalu sangat kena semburan, rasanya si Rayyan Haiqal nih dah immune.


Kalau lah jenis yang tak tahan, boleh demam tiga empat hari kalau kena macam nih.
Bagi yang bekerja mungkin boleh dapat juga dua tiga hari MC kalau pandai berlakon lah...

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998