BILA MENTERI ASYIK BAGI NASIHAT DAN ARAHAN

by - Wednesday, September 04, 2013

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberi amaran kepada semua peniaga agar tidak menaikkan harga barang kawalan sesuka hati berikutan kenaikan harga minyak RON 95 serta diesel sebanyak 20 sen seliter mulai hari ini.   Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata seramai 1,845 pegawai penguat kuasa di seluruh negara serta 1,701 pegawai pemantau harga sudahpun melakukan pemantauan bagi memastikan tiada peniaga memanipulasi kenaikan harga minyak.   Beliau berkata kementerian amat tegas dalam menangani masalah itu dan bertindak berdasarkan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.   "Saya akan memberi nasihat terlebih dahulu kepada peniaga yang ingkar, tetapi kalau tidak ikut, saya akan beri amaran dan mengambil tindakan kalau masih berdegil," katanya kepada media selepas Majlis Penyampaian Sijil Penilai Harta Intelek kepada tujuh penerima di sini hari ini.   Hasan juga berkata kenaikan harga barangan tidak sepatutnya berlaku kerana dari segi bekalan, semuanya mencukupi-SINAR HARIAN

Itu yang dipetik dalam Sinar harian Online, nasihat dan amaran dari Menteri. masalahnya disini bila yang nak diambil TINDAKAN??

Kenaikan RM0.20 tidak melibatkan kenaikan harga barang yang lain??  Statement gila!!
Sebabnya mudah saja...

Teh atau kopi dikedai, memang tiada kenaikan pada gula tapi teh,kopi,gula susu dihantar menggunkan kenderaan yang mengggunkan petrol atau diesel bukan guna basikal atau kereta lembu kan..

Teksi pun da berura-ura nak naikkan tambang
Ini belum lagi bas sekolah,bas henti-henti mahupun bas ekspress kan.

Tapi memandangkan menteri ini dah berjanji dengan kita


kita tunggu dan lihat sajalah ...

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998