BILA KECOH PASAL BINI MAT YO

by - Wednesday, September 25, 2013

Kecoh difacebook dan blog pasal kes video bini Matyo maki pakcik jaga kat airport dalam minggu nih.
Malah kat paper pun ada gak keluar cerita nih, dengaq kata memasing dah buat polis report. Malah Matyo dan bini dia juga katanya dah serahkan pada peguam.


Mungkin pakcik guard tuh cuma menjalankan tugas, mungkin juga pakcik guard tuh bercakap secara kasar tapi sebagai seorang wanita,seorang isteri atau seorang yang lebih muda depa patut hormat kepada pakcik tuh.

Kalau ye pun sekali nak bertekak biar berhemah. Matyo pula tak kan jadi tunggul kayu melihat saja apa yang dilakukan oleh bini dia.

Bagi yang melihat tanpa pernah mengalami situasi begini mungkin anda ada pandangan sendiri tetapi cuba tanya depa yang pernah atau yang berpengalaman menghadapi keadaan macam nih.

Selalunya orang yang memandang rendah kat orang lain cuma kerana depa rasa depa lebih baik dari orang itu.

Cuba tanya pekerja kat hypermarket,tanya cashier,tanya pelayan kedai makan atau sesiapa saja yang pernah bekerja dalam service industry, dah berguni sumpah seranah yang depa terima dari jenis-jeins yang rasa dirinya hebat, yang ada cable sedikit sebanyak dengan VIP mahupun kerabat.

Tapi yang jelas dan nyata, bini Matyo berjaya memalukan dirnya sendiri sekalipun pakcik guard tuh yang bersalah!!

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998