LAGI RESTORAN MENJIJIKKAN???

by - Tuesday, August 27, 2013

Awat la bila dah buat pendedahan,tak mau bagi tau dimana letaknya kedai makan nih.

Kalau tak mau bagitau semua at least bagi lah hint bagilah clue sikit.


GEORGETOWN - Jika dilihat dari luar, sebuah premis makanan popular dilihat bersih dan menenangkan namun siapa sangka, kedai yang menjadi pilihan orang ramai itu rupanya memiliki tempat penyediaan makanan yang kotor selain tidak diuruskan dengan baik oleh pemiliknya.

Bukan sahaja sampah dan sisa makanan bertaburan di kawasan dapur, pemantauan yang dilakukan juga mendapati ada peniaga yang menyimpan alatan memasak di dalam bekas yang dipenuhi lipas selain bahan mentah yang ingin dimasak hanya diletakan di atas lantai.

Pemeriksaan juga mendapati penyimpanan bahan mentah juga disimpan dalam kadar suhu yang tidak betul di dalam peti penyimpanan makanan.

Dalam operasi yang dilakukan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri dengan kerjasama Unit Inspektorat dan Perundangan Awam serta Bahagian Kesihatan Awam semalam mendapati masih ramai peniaga yang gagal menyediakan persekitaran dapur yang baik selain gagal mengamalkan cara pengendalian makanan yang bersih dan selamat.

Operasi yang dijalankan di seluruh negeri ini bermula jam 9 pagi turut mendapat kerjasama Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK), Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).SINAR


You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998