KENAPA PERLU NAK MODIFIED MOTOR ?

by - Friday, August 16, 2013

Satu soalan yang tanya oleh seseorang kat aku dua tiga hari lepas, mungkin dia baca kut apa yang aku melalut kat sini,

"Awat yang nak modified motor?"...


Kalau dia bacalah posting aku hari tuh, aku cuma berminat nak "mencantikkan lagi saja motor aku tuh.
Dah nak beli yang sebenar-benarnya tak mampu sekurangnya dapat jadikan seakan-akan kira ok lah kan.

Lagi pun  bukannya aku sasau nak bagi motor tuh laju sampai jarum meter pusing berkali-kali atau jarum RPM rapat tak bangun-bangun. Aku cuma nak bagi motor aku cantik menarik ko memang dabooom.

Itu saja.Kelajuan bukan menjadi kepentingan (walaupun penting)

Member aku pun dia lupa kut,bila dia sendiri pakai Proton Wira yang dah di Lancer kan. Rim standard size 13 dah bertukaq ke 16.

Tayar lebaq low profile,seat dalam dah pakai sparco,bumbung dah taruk sunroof,tabung ekszos jangan kata tin coke,kalau ada lagi botol 3.5liter coke tuh pun boleh sumbat masuk.


Jadi apa bezanya kalau Wira boleh di convertkan menjadi Lancer, Waja menjadi Evo atau pun Kancil menjadi Mira so tak salah kalau Yamaha FZ nak jadi R15 atau R125 mungkin jugak R1 atau R6.

Mungkin kawan aku tuh dia terlupa pandang cermin kut... ngeh ngeh ngeh.


p/s: lagi pun aku dah jemu layan kereta atau bikin kereta nih...

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998