KENAPA AKU BUAT BLOG??

by - Saturday, August 03, 2013

Kenapa aku tulis blog?? Soalan yang ditanya oleh kengkawan aku tadi. Soalan yang tertiba buat aku tergaru kepala nak cari jawapan.


Sebelum nih aku tak pernah pun terpikir kenapa dan mengapa.
So hari ni  aku terpikir sejenak... kenapa aku buat beloq nih
- Nak cari nama? Cari follower?
- Nak cari duit dengan iklan? nak buat advertorial??
- Nak bisnes?
- Nak dijadikan dairi datau journal seharian??
- Beribu macam persoalan dan jawapan yang aku sendiri tak sure...


Memula aku buat beloq, aku cuma follow member aku +Realvista. Sesaja buat entry post gambaq kereta kengkawan, kemudian post gambar-gambar yang dirakam kat beloq.

Kemudian aku mula copy dari sumber-sumber berita terutama yang pelik dan jelik untuk aku share dengan pembaca atau pun follower (entah ada entah idak)..

Dah dua tiga kali jugak rename beloq dan tukaq template untuk mencari identiti tersendiri

Dan sekarang bila soalan cepumas yang ditanya buat aku terpinga-pinga balik. So dari pagi tadi aku browse balik entri-entri aku kat sini (walaupun ada yang dah kena delete), dan aku pasti tagline yang aku guna ini betul melambangkan identiti beloq aku nih.

  "BELOQ AKU,CERITA CERITI AKU DAN YANG AKU SUKA"

Dan aku dah pasti yang aku buat beloq ini bukan untuk kaya-raya ,walaupun aku tempek iklan dan dapat merasa jugak paymentnya.

Bukan untuk mencari nama seperti para blogger tersohor,bukan mencari follower seramai yang mungkin...

Aku tidak seberani Mazidul Akmal untuk membuat pendedahan, bukan seperti Ondscene untuk mengambil gambar dan bahan untuk dipaparkan dalam blog

Dan yang paling penting aku buat beloq nih pasal aku telalu banyak masa kat opis...(hehehehe).

Jadi aku pasti kalau yang terjah kat sini, pun setakat tengok tajuk saja ter"KLIK" link kerana aku tahu aku bukan penulis atau pencerita yang hebat...masa belajaq dulu pun karangan main copy paste ngan edit hasil kerja kengkawan saja...

Dan yang aku pasti beloq ini tetap beloq aku...




You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998