KALAU MACAM NIH...POLIS KENA AJAR MAK DAN BAPA TOLAK SEKALI

by - Thursday, August 01, 2013

Syabas buat Polis Balik Pulau, buat operasi depan sekolah tahan pelajar yang naik motorsikal ke sekolah.
Selain tak ada lesen,ada juga yang tak pakai helmet.
Dan sudah pastinya pelajar ini menunggang motorsikal ke sekolah dengan izin pemilik motorsikal tersebut.
atau mungkin motor tersebut dihadiahkan oleh ahli keluarga atas pencapaian akademik...siapa tau.

Cuam lain kali kalau ada operasi sebegini,pihak Polis kena ajak pemilik atau mak bapak pelajar nih ikut sekali tolak motor pergi ke balai...baru depa sedaq sama kesalahan depa..


Gara-gara menunggang motosikal tanpa lesen, seramai 34 pelajar terpaksa menolak kenderaan masing-masing sejauh satu kilometer (km) bermula dari depan Sekolah Menengah Kebangsaan Pondok Upeh hingga ke Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya (IPDBD) di sini semalam.
Pelajar terdiri daripada penunggang dan pembonceng lelaki serta perempuan itu ditahan dalam Ops Lejang yang diadakan selama setengah jam bermula pukul 2.30 petang di depan sekolah itu.
Ketika itu, kesemua pelajar terbabit baru selesai sesi persekolahan pagi dan terpinga-pinga sebaik polis menyekat motosikal sekali gus mengarahkan mereka mengeluarkan lesen memandu.
Lebih malang lagi, ada dalam kalangan pelajar itu bukan sahaja tiada lesen malah tidak memakai topi keledar. Alasan menunggang motosikal tanpa lesen dan tidak pakai topi keledar kerana jarak antara sekolah dan rumah terlalu dekat.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Hatta Md. Zin berkata, operasi tersebut diadakan selepas pihaknya mendapat aduan daripada orang awam berhubung salah laku penunggang motosikal dalam kalangan pelajar di kawasan berkenaan.

~mRuSeZ~

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998