JANGAN LUPA...KURANGKAN 10

by - Thursday, August 01, 2013

Kepada semua pengguna jalan raya tidak kiralah bas,lori,motorsikal mahupun kereta, jangan lupa kurangkan 10kmh dari speedlimit yang biasa. OPS Selamat kini bermula

Had laju bagi Jalan Persekutuan dan negeri di seluruh negara diturunkan sebanyak 10 kilometer sejam (km/j) bersempena Ops Selamat 3 yang berkuat kuasa mulai hari ini hingga 18 Ogos depan. 

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof, berkata pihaknya sudah menetapkan had laju maksimum sepanjang tempoh terbabit bagi Jalan Persekutuan dan jalan negeri adalah 80 km/j. 
“Pewartaan pengurangan had laju sementara ini adalah langkah keselamatan dan pemantauan yang diambil kerajaan bagi meningkatkan keselamatan, sekali gus mengurangkan risiko kemalangan yang kerap kali berlaku pada musim perayaan. 


“Selain itu, kami bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi langkah-langkah awal program pemantauan jalan raya,” katanya pada majlis berbuka puasa bersama pelajar Sarawak di Semenanjung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam. 

Mengulas lanjut, beliau berkata antara langkah awal diambil kementeriannya itu termasuk penyelenggaraan jalan raya, pemberhentian kerja penyelenggaraan dan pembinaan dalam rizab jalan, penubuhan pasukan peronda serta penyelarasan pengurusan lalu lintas di setiap daerah.


~mRuSeZ~

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998