ESOK DAH NAK RAYA..

by - Wednesday, August 07, 2013

Pekam celik, pejam celik kita dah samapi ke penghujung Ramadhan.Esok dah nak raya kan
So hari ini semua orang pakai sibuk dengan segala macam persiapan untuk beraya, yang nak balik kampung pun mesti tengah berkira-kira bila nak mula perjalanan, kat mana nak berhenti, dimana nak bubuh minyak petrol kan.

Yang last minute shopping pasti ternanti-nanti promosi last dari peniaga-peniaga "UPTOWN" diseluruh negara.

Ini lah kemeriah raya alaf baru...

Seriusly kemeriahan raya dah lama hilang sejak dunia semakin maju semakin canggih nih.

Hilang kemeriahan menyambut raya, bila kurangnya pelita yang dipasang disekeliling rumah, dulu-dulu senang semua rumah atas atah sekarang semua rumah dah diatas awan.

Hilang seri bila semakin tiada kanak-kanak yang berlari riang bermain bunga api, tapi kalau yang duduk berlonggok tekan PS tuh ramai

Yang balik ke "kampung" pun kekadang tuh bukannya kampung yang sebenar-benarnya lagi...atuk dan nenek pun dah duduk kondo dok banglow kampung apanya kan.


Dengan teknologi yang serba canggih dan mewah sekarang ini, kad raya pun susah nak dapat.
Mohon ampun dan maaf sekarang nih cuma dihujung jari pilih saja

Facebook,Twitter,Instagram,WeChat,Whatsapp atau apa saja medium yang ada ianya lebih cepat dan pantas.

Pejabat POS rasanya dah bertahun tak ambil part time staff untuk membantu melancarkan pengedaran kad-kad ucapa raya.

Malah boleh dikatakan tiada langsung peniaga-peniaga yang mengambil kesempatan atau berani menjual kad-kad ucapan raya seperti sebelum era 2000 nih

Dulu kalau telephone menjadi penyelamat ataupun pengubat rindu bagi mereka yang berada jauh dari keluarga kini dengan teknologi video call,skype dan tah bermacam-macam lagi, yang jauh boleh ditengok melalui laptop / smartphone malah boleh merasa kemeriahan seolah-olah berada sekali disisi keluarga.

Dalam sedar tak sedar raya semakin hilang serinya...cuba yang masih segar cuma lagu-lagu raya dendangan Allahyarham P Ramlee...

p/s: dalam sibuk-sibuk dengan segala macam persiapan...zakat fitrah dah settle ka belum


You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998