BROTHERHOOD BIKERS??

by - Wednesday, August 14, 2013

Kalaulah hangpa ada join page atau group motor kat facebook ayat atau kata-kata kermat nih selalu laungkan. Tak kira mana satu susunannya biker dan brotherhood pasti menjadi tagline tapi...

Kalau sampai jadi macam nih pun boleh dikira brotherhoods bikers ka?? Kerana mercun mangsa dibelasah sehingga membawa maut?
Seorang juru kimpal maut selepas lima hari dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) akibat dipukul sekumpulan lelaki di Kampung Pak Katak di sini.
Mohd Azrul Ali, 25, disahkan mati pada pukul 5.15 petang semalam akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP K. Manoharan berkata jurukimpal itu dipukul sekumpulan lelaki kira-kira pukul 4 pagi Khamis lepas ketika dia bersama sekumpulan rakannya menunggang motosikal melalui kawasan itu.
"Satu kumpulan motosikal yang lain menghampiri mereka dan secara tiba-tiba ada individu tidak diketahui dari arah mana membaling mercun ke arah kumpulan motosikal itu.
"Tidak puas hati dengan kejadian itu, kumpulan motosikal terbabit menyerang dan memukul mangsa kerana menyangkakan kumpulan mangsa yang membaling mercun itu," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Beliau berkata polis percaya mangsa diserang dan dipukul beramai-ramai menggunakan topi keledar.
Sehubungan itu, Manoharan berkata polis menahan 15 individu terdiri daripada kedua-dua kumpulan motosikal itu untuk membantu siasatan.
"Kesemua lelaki yang berumur antara 18 dan 25 tahun itu ditahan di sekitar Kuala Terengganu bermula semalam," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil atau menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.~SINAR HARIAN~

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998