BILA NAK TRANSFROM NIH..

by - Monday, August 12, 2013


Ini gambar FZ aku semasa baru keluar dari kedai awal tahun hari tuh. Tak ada beza dengan meman motor yang baru keluar dari kilang mahupun kedai kan..Spec standard, rupa bentuk standard tambah apa-apa modifikasi pun.

Yang nih gambaq terbaru P'Ky (saja bagi nama dia cam tuh ) mesra sikit dari panggil tenggiling kan
Tetap tak ada beza sama semacam dia memula keluaq dari kedai.

Setakat ini cuma EO saja yang bertukaq ganti, aku tukaq setiap 2000km. lagi pun paling jauh P'Ky nih pi merantau cuma sampai Kulim, hari biasa main jambatan saja je

Bab penjimatan minyak memang marbelos lah, tanya lah sesapa yang pakai motor nih, pasti statement yang sama depa bagi.

TAPI kalau bab nak mencantikkan...memang main RM, mata duitan macam Fazura jugak dia nih.

Mana taknya, kalau nak fully convert ke R15 tak kira lah version 1 atau 2, dalam poket  atau dalam bank kena ada dekat RM5000. Uiks kat PESBUK orang jual dalam RM3k ja...itu yang berada dalam fikiran kita selalunya!

Memamg la kat PESBUK dalam RM3k, tapi bila siap pasang, ada lagi yang kena tukaq. bila dah ber FAIRING taya pun kena juga tukaq,rim kena jugak lebaq. Pastu pulak yang minor-minor modified nak bagi cantik...cuba kira balik.... Tak percaya hang pa pi la tanya otai-otai yang dah modified tuh.

Bagi aku kalau depa dah minat nak buat macamana kan

Kalau tak mau pasang fairing, layan ja naked atau street fighter pun cun jugak.

Tapi kalau lah ada rezeki lebih aku dapat pasang fairing kat Palex pun jadi lah..

Dan maybe aku kena mula buat sikit-sikit dulu nih....berapa lama nak biaq dia berkeadaan standard lagi kan kan kan

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998