AISYAH HILANG...MACAM-MACAM CERITA ADA..

by - Monday, August 05, 2013

Kejadian yang mengembarkan semalam dan menjadi viral dimedia sosial tak kira lah facebook,blog,twitter mahupun instagram.

Difahamkan kanak-kanak comel ini dah selamat dijumpai dan berada di Balai Polis Sungai Nibong.

Bila aku baca hampir kesemua berita pasal perkara ini, walaupun Polis ada mengklasifikasikan sebgai kes culik, tapi bagi aku ini merupakan masalah keluarga.

Sebab apa? Cuma baca kat SINI ,SINI dan SINI hasil kupasan blogger tersohor. Makala kat kat SINI dari portal online.

Yang si mak bercinta kat facebook dah serah jiwa dan raga??
Bagi duit,bagi anak,bagi surat beranak??

Arbaiyah yang merupakan seorang guru matematik berusia lewat 30-an, meninggalkan anak perempuannya kepada suspek 30 Julai lalu, hanya selepas beberapa minggu mengenali lelaki tersebut.
Suspek memberitahu Arbaiyah bahawa dia ingin memperkenalkan Aisyah kepada kakaknya.
Arbaiyah turut memberikan suspek sijil kelahiran Aisyah kerana mereka berdua merancang untuk pergi berbulan madu bersama kanak-kanak tersebut selepas mereka berkahwin.
"Pada 2 Ogos, Arbaiyah turut memberi wang tunai RM25,000 kepada lelaki tersebut untuk pelaburan perniagaan emas di sebuah pusat membeli-belah di Rawang.
"Keesokan harinya, Arbaiyah menunggu suspek untuk membawa Aisyah pulang ke rumah. Suspek berjanji untuk membawanya keluar dan membeli barang keperluan perkahwinan mereka. Namun suspek tidak muncul dan panggilan ke telefon bimbitnya tidak berjawab," kata Abdul Rahim kepada The Star.
Beliau berkata ibu mangsa turut pergi ke rumah suspek di Taman Tun Dr Ismail dalam usaha mencari anak perempuannya itu tetapi alamat rumah tersebut milik orang lain.



Antara petikan dari Sinar Online...jadi kita renung-renungkan lah sendiri kenapa jadi macam nih..

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998