UPTOWN TERBARU DI PENANG.

by - Sunday, July 21, 2013

Umumnya kita tahu pasar malam yang diglamerkan sebagai UPTOWN yang popular dinegeri Pulau Pinang ini ialah Uptown Perda.
Uptown Bayan Baru yang tahun lepas macam hidup segan mati tak mau kini diberikan nafas baru sejak awal tahun ini juga mula nak popular.
Kini Uptown terbaru ialah di kawasan RnR Bajam Ajam atau lebig mesra dengan Pantai Bersih.
Dan seperti biasalah barangan yang dijual boleh dikatakan sama saja dengan uptown dikawasan atau negeri lain.
Uptown RnR ini bukan saja diberikan nafas baru malah menghidupkan lagi kawasan tersebut untuk menjadi kawasan tumpuan bagi mereka yang bekerluarga.
Mana taknya dulu hujung minggu saja ianya menjadi hak milik kaki rempit serta couple.
Sebelum ini pun kawasan ini pernah juga diadakan tapak perniagaan tapi terhad.
Walaupun hanya dibuka cuma pada setiap hari Khamis hingga Ahad,diharapkan ianya dapat terus beroperasi buat satu tempoh yang lama bukab sekadar dimusim perayaankan.
So kepada orang-orang utara peluang untuk membeli belah persediaan raya dah bertambah satu lagi.
Kalau siang penat bekerja letih berpuasa...kini lepas terawih boleh bawak family ke salah satu uptown yang ada...lagi pun kalau bawak pi autocity mana ada jual baju kurung atau baju melayu...baju nak pi kalabul malamin banyak la kat situ

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998