SEKARANG NIH...BENDA MACAM NIH PUN JADI ISU BESAR...

by - Wednesday, July 24, 2013

Kalau kita baca blog,baca paper atau timeline semua media sosial yang ada sekarang kecoh pasal murid-murid sekolah makan dalam "TANDAS".

Aku sendiri pun tak pasti itu rupa tandas atau bilik persalinan.


Tapi bila aku rujuk balik entri-entri dari blogger tersohor seperti Mazidul Akmal,Amenoworld,Dr MiM dan banyak lagi entri yang ada termasuk jugak dari portal online berkaitan perkara nih.

Well pendapat blogger itu terpulang pada pendapat dan pandangan memasing. Mungkin ada yang melihat dari sudut pendedahan, ada yang berdasarkan fakta atau ada juga dari sudut politik.

Mungkin pendapat aku ini sedikit berbau politik...hasil kenyataan timbalan menteri pendidikan yang dipetik dari sumber portal online

"Perkara ini tidak harus berlaku. Saya kecewa. Kementerian memandang serius perkara ini dan meminta BPSH membuat siasatan serta-merta dan katakan pada kita mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadap pegawai yang membuat keputusan ini (makan di bilik persalinan)," katanya kepada Bernama di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini, hari ini.
Kenapa aku kata berbau poltik sikit...

1.P Kamalanathan...beliau seorang Timbalan Menteri, adakah beliau membuat statement selepas turun melawat ke sekolah tersebut?
Kenapa dia tak buat lawatan terus ke sana?

2.Sekolah tersebut terletak di Negeri Selangor yang mana P Kamalanathan merupakan Ahli Parlimen dari Negeri Selangor juga...bukannya sekolah tersebut terletak di Lahad Datu yang akan mengambil masa untuk ke sana.Jadi apa slahnya jika dia pi turun melawat dulu, kalau bukan sebagai Timbalan Menteri dia boleh turun melawat sebagai MP kan.

3.Yang aku tahu, sejak menang pilihanraya kecil dulu dan sebelum dilantik menjadi timbalan menteri selepas PRU13... P Kamalanathan nih rajin melawat kawasan,rajin berjumpa dengan orang ramai bertanyakan khabar berita...Ini berdasarkan sesi soal jawap yang pernah disiarkan di TV3 sebelum PRU yang lepas...

So mungkin setelah diberi peluang dan ruang, malah diberikan pangkat dan darjat...timbalan menteri ini dah tak boleh nak turun pi tengok sendiri ka...

Kalau timbalan menteri boleh melatah tanpa melawat ....apa tah lagi kita ini kan..

~mRuSeZ~

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998