LESEN PUNYA CERITA...

by - Monday, July 08, 2013

Kalau ada yang baca suratkhabar BH atau pun yang baca portal online BH tentu nampak antara tajuk utama
suratkhabar tuh seperti dibawah nih.

Kalau mengikut perangkaan JPJ, 6 juta rakyat Malaysia tiada lesen terutama motosikal.
Antara yang dijadikan faktor oleh JPJ ialah kurang kesedaran.

“Walau sebanyak mana program dan usaha memastikan keselamatan dilaksanakan, isu ini masih berterusan kerana ‘lesen pertama’ yang pengguna jalan raya peroleh adalah daripada ibu bapa mereka," kata,Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Dr Tam Weng Wah.
Tapi kalau mengikut kata Presiden Pertubuhan Penunggang Motosikal Bersekutu Malaysia, Wazi Abdul Hamid
“Kemungkinan kos lesen menjadi punca remaja khususnya lepasan sekolah sukar mendapatkannya disebabkan kekangan kewangan. Sesi latihan ketika mengambil lesen boleh dijalankan secara berkelompok atau jumlah jam (latihan) dikurangkan. Ia boleh mengurangkan kos, tambahan pula remaja kini sudah ada kemahiran menunggang, cuma pemahaman undang-undang masih lemah,”
Mungkin betul dan logik jugak kata Wazi. Kos dan masa yang diperlukan untuk ambil lesen memang tidak munasabah!!

Tapi dalam Sinar Harian Online, lain pulak ceritanya. bila niat yang baik yang diwar-warkan sebelum ini berakhir dengan tiada kesudahan. Apa ceritanya?
Bantuan Lesen 1 Malaysia dimana silap dan salahnya???

4 bulan pemohon masih belum dapat maklum balas? So kalau 6 juta tidak ada lesen, JPJ dan JKJR mungkin boleh tanya apa dah jadi dengan program ni sebelum nak kata penunggang sekarang tiada kesedaran...

~mRuSeZ~

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998