KALAU PEMILIK MANCHESTER UNITED DARI MALAYSIA SEKALI PUN

by - Monday, July 22, 2013

Tahniah kepada Chelsea bila menundukan PASUKAN KEBANGSAAN MALAYSIA semalam.
1 gol saguhati dijaringkan oleh Fadhli Saas? Dan bukannya oleh pemain tengah atau penyerang??

Kalau google chelsea vs malaysia pasti jumpa gambar nih
Entah lah aku tak tengok pun game nih secara live distadium,free di tv (kalau ada) ataupun live streaming.
Chelsea menang atau kalau tidak mendatangkan sebarang kudis pun.

Tapi yang best hari nih bila tengok Metro online, bila menteri belia dan sukan sekali lagi hentam pasal Ranking.

Sikap pegawai dan jurulatih bola sepak kebangsaan yang berterusan menganggap kedudukan pasukan negara dalam ranking dunia tidak penting terus mengundang rasa kurang senang pelbagai pihak termasuk Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Beliau berkata, pasukan bola sepak dunia memburu ranking terbaik dunia kerana itu adalah penilaian sebenar atau penanda aras terhadap sesebuah pasukan kebangsaan.
“Hakikatnya pasukan kita akan dinilai melalui prestasi di kejohanan besar seperti kelayakan Piala Dunia, Piala Asia, Sukan SEA dan sebagainya.
“Pasukan kebangsaan yang berjaya di kejohanan besar menduduki tangga tinggi di dunia, tidak boleh kita katakan kedudukan kita (pasukan kebangsaan) dalam ranking dunia itu tidak penting.
“Saya setuju kedudukan itu bukan segala-galanya kerana jika dapat ranking nombor satu tidak semestinya menang Piala Dunia tapi ia ada persamaannya iaitu negara yang tinggi rankingnya akan berjaya dalam kejohanan besar atau bertaraf antarabangsa.

Memang betul kata menteri nih, kalaulah ditakdirkan pasukan ternama dunia di liga perdana Inggeris dimiliki oleh rakyat Malaysia tak kiralah ManU ke City ke, Arsenal,Liverpool atau mana-mana team sekali pun...
AGAK-AGAK BERAPA RAMAI PEMAIN DARI MALAYSIA YANG DIBENARKAN BERMAIN DI EPL???
Sudah pastinya tiada....nak tahu kenapa?? Cuba tanya Safee tanya Safiq ...

~mRuSeZ~

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998