BUFFET RAMADHAN MEMBAZIR??

by - Monday, July 15, 2013

Bila tiba saja bulan ramadhan aka bulan puasa, pasti kita akan melihat banner atau iklan Buffet Ramadhan.
Dengan harga yang serendah RM20++ (kalau ada lagi rendah tak tau la pulak) sehingga ke RM1xx++ keatas.

gambar dari makcik gugel

Memang harga akan mengikut lokasi serta jumlah makanan yang ditawarkan untuk buffet ramadhan tersebut.
Tapi hari ni MrUsez terbaca gak dalam portal Sinar Online di SINI dan perangnya di SINI.

Memang bukan hak kita apa lagi hak MrUsez untuk menegur cara orang nak berhabiskan wang ringgit masing-masing.

Tapi MrUsez mungkin akan bersetuju dengan (pada masa sekarang), dengan RM20++ untuk berbuka secara buffet di hotel atau restoran orang kata membazir. Pasal bagi MrUzes, 5 bijik popia basah + nescafe panas dah pun mengenyangkan...

Tapi MruSez tak salahkan pihak hotel atau restoran kerana depa berniaga. Dan sebagai peniaga depa akan menggunakan segala peluang dan ruang untuk berniaga.

Sama juga dengan peniaga dibazar ramadhan setiap petang. Bukan kesemuanya merupakan peniaga makanan sepenuh masa, tapi kesempatan dan ruang yang diambil untuk menambah rezeki dibulan puasa nih digunakan depa.

Cuma sekarang membazir atau pun tidak terpulang kepada kita sendiri yang menentukan.
Duit kita,perut kita dan nafsu kita....




~mRuSeZ~

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998