Chelsea datang Julai nih

by - Wednesday, March 06, 2013

Dalam dok kecoh pasal Barca bersama Lionel Messi nak mai kat Malaysia, hari nih dah ada pengumuman yang Chelsea dulu akan sampai kat Malaysia.
Kunjungan kali ketiga rasanya untuk pasukan Chelsea nih dan kali nih bersama beberapa muka baru pastinya.
Mampukah Malaysia menang ke atas Chelsea nanti....ermmmmm kita tunggu ja lah

Ketua Eksekutif Chelsea FC, Ron Gourlay berkata pengurus pasukan Rafael Benitez dijangka menurunkan skuad pertamanya termasuk penyerang Senegal kelahiran Perancis yang baru menandatangani kontrak, Demba Ba dan pemain midfield antarabangsa Belgium, Eden Hazard, semasa perlawanan di sini.
"Kami gembira dapat datang lagi ke Malaysia untuk kali ketiga selepas kejayaan dua lawatan sebelum ini pada 2008 dan 2011. Kami harap peminat bola sepak Malaysia akan menikmati perlawanan ini dengan barisan pemain-pemain yang hebat yang kami ada," katanya kepada pemberita semasa mengumumkan perkara itu di sini, hari ini.
Katanya pasukan kendalian Benitez akan mengadakan perlawanan persahabatan lebih awal dengan Thailand All-Star XI pada 17 Julai di Bangkok sebelum menamatkan jelajah ini menentang Indonesia XI pada 25 Julai di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta.

Gourlay berkata, semasa lima hari pasukan itu di sini, para pemainnya akan melibatkan diri dalam beberapa program kemasyarakatan dengan beberapa rumah amal terpilih.


~mRuSeZ~

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998