Surat dari langit biru di #TV3Malaysia

by - Thursday, February 28, 2013

Actually aku bukan la minat sangat dengan slot-slot drama kat TV nih, tapi memandang kan semalam channel lain tak dak cerita yang menarik then orang-orang kat rumah semua dok follow cerita nih aku pun terpaksa rela la menonton sama.

Aku bukan pandai dalam bab-bab perfileman mahupun pengarahan. Apatah lagi drama tuh difahamkan dari hasil Rashid Sibir, so siapa lah aku untuk kritikkan hasil tangan depa-depa yang arif.

Cuma disini aku nak ulas dari segi logik la.

1. Si adik dicekup bersama seorang perempuan dirumah sikakak, biasa lah pasti ada babak drama yang siadik akan menafikan dan sikakak pasti tidak percaya bila dah tangkap depan mata kepala sendiri. OK standard.

2.Babak di Hospital, seorang doktor melakukan pemeriksaan keatas perempuan yang bersama dengan siadik dan mengesahkan yang perempuan itu mengandung.Mengikut cerita tersebut sikakak juga merupakan seorang doktor. Dan tentu paham prosses dan procedure pemeriksaan walaupun dalam drama
3.Bila siadik bermatian tidak mengaku,kenapa sebagai seorang kakak dan seorang doktor tidak melakukan DNA test???  Logik kan?

3.Siadik ditangkap pihak polis dan ditahan dilokap, apa yang polis buat walaupun dalam drama?Pihak polis tak buat siasatan dan terus kita ke babak terakhir..

4.Abang angkat siadik berjumpa abang ipar siadik mintak menarik balik report,kerana mengikut (skrip tuh) abang angkat siadik yang berjumpa dengan pihak polis cuma abang ipar siadik saja yang boleh menraik balik laporan tersebut....

Dari segi logik akal dan fikiran aku lah...nampak sangat Doktor dan Polis dalam drama nih tak buat kerja untuk membuktikan tertuduh benar-benar bersalah atau sebaliknya...

Dan walaupun sekadar drama...kena la jugak ikut logik dalam process yang selalu dilakukan untuk kes jenayah betul tak...

Apa ;pun ini pendapat aku sendiri dan pandangan logik aku saja.
Kalau hangpa tetap minat nak menonton tak siapa halang pun kan..
~mRuSeZ~

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998