Alhamdulillah termakbul jugak la hajat dihati

by - Friday, February 15, 2013

Yamaha FZ 150 kaler hitam yang macam nih akhirnya bakal bertuankan aku sikit hari lagi. Selepas hampir sebulan survey forum,jelajah facebook,google pusing satu dunia, maka keputusan muktamadnya aku amik gak Yamaha FZ 150 nih.
Nak amik yang dalam kategori 250 ke atas mem tak bagi lesen tak bagi approval, maka Yamaha FZ 150 pun kira ok lah dari dia tak bagi aku naik motor langsungkan...
Ingat senang ka nak dapat lesen dari mem, amik lesen kat JPJ pun tak sesusah dan seteruk macam ni. Bukan saja kena ujian lisan, ujian logik,ujian belanjawan dan bermacam jenis ujian lagi yang kena hadapi untuk keluaqkan motor nih.
Apa pun berkat kesabaran dan berkat ajak mem keluaq masuk kedai motor, maka berjaya jugak la bagi hati dia terbuka untuk menjadi pemilik bersama motor nih...

So tunggu lah bila dah keluar nanti, maka akan berlakulah kut transformasi-transfomasi untuk mencantikkan lagi motor nih...nak tambah kelajuan memang kompem tak dapatnya...hahahaha

Nanti lah update balik pasal motor nih once dah keluar dan berada dalam tunggangan
~mRuSeZ~

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998