Mat Yo punca Kelantan dan JDT bertelagah??

by - Saturday, January 19, 2013


Dari sebelum bermula sampai lah sepak mula berlangsung aku tengok pengurusan TRW dan JDT nih masih dok bertelagah.
Pada pendapat dan pandangan aku la, semuanya berpunca dari Mat Yo!!
Tengok lah paper sejak hari tuh lagi, isu perpindahan Mat Yo, jumlah pampasan mat Yo dan semuanya sekitar Mat Yo.
Banyak jugak team lain kehilangan bintang tahun lepas tapi tak lah sampai jadi seteru macam nih sekali.
Yang terbaru pasal anggota GGK yang berkawal di Stadium sewaktu TRW vs JDT.
Isu yang kalau ikut dari apa yang dikatakan oleh Tan Sri Anuar Musa dalam BH hari ni tak menjadi isu.


“Saya ada tanya seorang pegawai GGK berpangkat mejar ketika ditemui di sebuah hotel di Kota Bharu mengenai tugasan anggota terbabit.
“Mejar itu kata mereka ditugaskan untuk mengiringi pasukan Johor DT. Saya tanya, tak bolehkah iringi tanpa pakaian lengkap tetapi katanya tak boleh. Jadi saya kata okey, saya tak mahu halang.

Tetapi kenapa nak berlarutan sampai dua tiga hari.
Macamana Malaysia nak maju dalam bolasepak,kalau benda kecik macam nih pun masih berdendam.
TRW pun kalau pemain dah tak berminat nak sarung jersi nak wakil pasukan walaupun masih ada kontrak buat apa lagi nak simpan.
Kalau betul True Champion, develope pemain muda buktikan yang anda mampu bersaing, lagi pun main bola sepak bukannya main Single badminton,tenis mahupun squash.

~mRuSeZ~

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998