Kalau nak beli dari COURTS...pikirlah jutaan kali

by - Monday, January 14, 2013

Actually malas nak cerita pasal Courts nih, sebab hang pa semua boleh search kat google sendir tengok statement yang orang ramai dok bagi. kalau hari tuh ugutan dari yang dibuat mengalahkan along malah penarik kereta pun lebih berhemah, reti bagi salam dulu.Kalau pinjam bank buat loan kereta pun yang puluh-puluh ribu, kalau ada outstanding bank akan call, bank akan inform dengan cara baik.
Tapi HANYA DI COURTS anda akan mendapat segala macam jenis ugutan. Macam dari nombor 0132785016 nih

Tindakan TEGAS? Adakah bermaksud pelanggan akan diculik,ditahan,dikurung atau dipukul? Rumah atau pejabat akan disimbah dengan cat merah??

Malah kalau dengan bank kalau kereta ditarik sekali pun, tindakan mahkamah cuma akan diambil bila pemimjam masih lagi gagal melunaskan baki pinjaman.

Malah pihak bank akan menawarkan pelbagai cara untuk mencari penyelesaian situasi menag-menang.

Tapi dengan Courts?? Member aku dapat nih pulak, walaupun setiap bulan membuat pembayaran DAN MEMANG DIA ADA PENDING installment...
Courts hantar nih...
DENGAN INI PIHAK COURTS AKAN TERUS MEMBAWA KES INI KE MAHKAMAH DAN SEMUA KOS AKAN DITANGGUNG  OLEH PIHAK CIK!!!...dari 0124570179.

pending dua bulan punya installment tapi masih lagi membuat pembayaran setiap bulan!! maksud nya bukan dia tak bayaq langsung

Ugutan yang lebih berseni...BILA COURTS menggunakan nama Mahkamah pula...

Jadi kalau nak beli barangan 1 bayar 5 dari Courts pikirlah berjuta kali, sebabnya bila anda ada pending, tiada lagi kata-kata manis atau peluang mencari jalan penyelesaian kecuali  ugutan sahaja yang akan anda terima setiap masa...

~mRuSeZ~

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998