Bila kelahiran sekarang dah boleh ditetapkan

by - Tuesday, January 01, 2013

Mudah sungguh kan zaman sekarang nih. Yang tak dapat anak boleh usaha dapatkan anak dengan bermacam kaedah. Yang mampu mengandung dah boleh tetapkan bila hari dia nak anak dia keluar lihat dunia.
Kalau dulu doktor cuba boleh bagi Expected Due Date, sama ada awal aau lewat doktor sendiri tak dapat tentukan dari dari cara normal atau pembedahan. Tapi sekarang, boleh tetapkan tarikh.malah ada yang sanggup keluarkan belanja ribuan ringgit untuk anak depa dilaharikan mengikut tarikh pilihan.

Dah macam pilih nombor plet baru la pulak.
Kalau mengikut Metro di SINI ada yang bayar sampai RM8000 untuk pastikan bayi depa lahir pada traikh yang dikatakan best atau unik.

Walaupun berisiko seperti yang dikatakan oleh Pakar Sakit Puan,Hospital Pakar Johor, Doktor K Mohan Raj di SINI tapi ada ke depa tuh kisah???

Malah Penashat Majlis Agama Johor, Datuk Nooh Gadut, juga menasihatkan jangan kita campuri urusan Allah di SINI tapi adakah depa kisah,depa hirau???

Mungkin bila dunia semakin maju dan semakin canggih,norma kemanusian semakin tipis.Para ibu ibu sekarang tidak lagi memilih untuk merasai pertarungan hidup mati untuk melahirkan seorang cahaya mata hasil dari perkongsian kasih dua jiwa.

Dan nasib anak-anak ini dimasa hadapan...hanya Allha saja yang lebih mengetahui

~mRuSeZ~

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998