Agak-agak bila pulak ye Zed Zaidi

by - Thursday, January 03, 2013

Zed Zaidi kini merupakan pejuang artis Malaysia, ok aku tak nafikan.Artis luaq masuk dia tentang habis-habisan kalau tak dak permit.Macam baru nih pakat bergaduh sakan dengan artis Indon si apa tah nama aku pun tak amik peduli.

Fakta pertama sekali aku bukan artis, so mungkin apa yang Zed Zaidi perjuangkan tak dak kena mengena dengan aku kecuali bagi depa yang berada dalam industri yang berkaitan.Mungkin dari segi periuk nasik depa sikit terganggu dengan kebanjiran artis luaq...OK fine with me

Tapi sebagai seorang rakyat Malaysia, aku ternanti-nanti jugak la bila si Zed Zaidi nih nak perjuangkan slot-slot drama yang banyak aku tengok kat saluran TV baik yang free mahupun berbayaq kebanyakannya cerita dari luaq seperti Indon,Thai,Filipina,Korea,jepun,Hongkong Taiwan,India dan jugak dari Latin.

Sedangkan time cuti sekolah pun drama-drama untuk anak-anak yang yang disiarkan pun dari Indon

Ternanti-nanti jugak la bila Zed Zaidi nak perjuangkan supaya slot-slot drama yang yang banyak diberikan kepada drama,sinetron ataupun telenovela ini diberikan kepada syarikat tempatan ataupun diisi dengan program-program tempatan pada primetime.

Jadi bila bebaru nih Zed Zaidi melenting cuma kerana satu tweet dari artis Indon yang lebih dikenali sebab sensasi dari kualiti, aku rasa Zed Zaidi perlu jugak melihat isu ini sebelum dia sebagai Presiden nak melenting cuma kerana tweet tersebut.



~mRuSeZ~

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998