Tablet oh tablet..

by - Sunday, December 16, 2012

Kalau dulu awal tahun 1990 an kalau pakai handphone kira dah hebat, orang bujang kalau mampu pakai handphone paling cikai time tuh Nec Primero pun aweks-aweks pasti jeling punya. Itu dulu kini zaman semakin maju semakin berubah.Gajet pun bercambah.

Budak-budak sekolah pun dah tak main handphone cikai-cikai nih, semua nak handphone yang boleh ber FB,tweet, yang boleh wifi, yang ada instagram dan macam-macam lagi.Yang tak sekolah pun sibuk nak tablet buat main game...

Jadinya aku pun nak jugak ikut perkembangan semasa, teringin gak nak pakai tablet senang nak update blog nak tweet, bukan apa bila dah semakin maju voicemail orang dah tak guna sikit hari lagi sms pun orang tak pakai.

Semua nanti message kat FB,kat twitter kat whatapps dan tah apa kejadah lagi.

So hari nih aku saja ushar-usahr tengok kat Mudah cari tablet yang bersesuain dengan budget sebelum nak google tengok rreview pengguna yang lain.

Mak aih bermacam jenis yang dah ada kat muka bumi Malaysia nih,Bermacam nama bermacam spec dan bermacam harga.

Dari yang berharga RM150 sampai la ke RM ribu-ribu.Mula lak terpikir berbaloi ka aku beli yang mahal-mahal kalau yang murah dah bersepah di pasaran, kalau kegunaan semata-mata untuk check email,FB,twitter ataupun update blog.

Kalau beli iPad mahupun galaxy tab buat anak-anak main games je pun rasa rugi gak.

Kalau beli yang bawah RM200 pun kalau mampu bertahan setahun dah kira cukup bagus la,...pasal apa?

Ye lah sedangkan beli rokok RM10.20 kadang tuh tak tahan pun sampai sehari jadi berbaloi lah kalau aku beli produk bawah RM200 yang mampu bertahan setahun bermakna sehari baru RM0.55 sen ja.

Cuma aku terpikir gak lah apa akan jadi dengan tablet 1Malaysia nanti kalau tak mampu bersaing dengan tablet yang bersepah-sepah dipasaran sekarang nih..

~mRuSeZ~

You May Also Like

0 BeLoQeR

Komen atau kutukan sendiri tanggung tau
INGAT!!!
AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998